Assalamualaikum...kepada semua pelawat, pengunjung, pengikut dan pelanggan sekalian.....harga yang dipaparkan adalah harga terbaru kami....HARAP MAKLUM. Terima kasih.
ZATTY'S COOKIES AND CAKES
Tuesday, June 26, 2012
Thursday, April 19, 2012
HARGA TERBARU 2012
Assalamualaikum. Adalah diberitahu kepada semua pelanggan-pelanggan ZATTY'S COOKIES AND CAKES bahawa pada tahun 2012 berlaku peningkatan sedikit pada harga produk akibat daripada berlakunya kenaikan pada bahan-bahan bakeri pada setiap tahun. "PENINGKATAN HARGA....KUANTITI SAMA....KUALITI DIUTAMA".
Harga terbaru akan di updatekan tidak lama lagi...nantikan yer...janji berpatutan.
Harga terbaru akan di updatekan tidak lama lagi...nantikan yer...janji berpatutan.
Dekat-dekatkanlah diri anda dengan produk ZATTY'S COOKIES AND CAKES....belum cuba belum tahu. Dialu-alukan pelanggan-pelanggan tetap dan pelanggan-pelanggan baru. Terima kasih di atas sokongan pelanggan-pelanggan semua. Sama-sama doakan kejayaan ZATTY'S COOKIES AND CAKES juga pelanggan-pelanggan semua agar kita sama-sama mendapat keberkatan dunia dan akhirat. AMIN YA RABBALALAMIN.
Label:
harga
Thursday, March 22, 2012
TEMPAHAN KEK HARIJADI AIMAN KE 10
Assalamualaikum...tempahan kek Coklat Moist untuk birthday Muhammad Aiman Syakir, salah seorang anak buah. Ibunya nak 2 layer dan ganache coklat jer....hiasan nak yang ada bunga2 gitu.....he3 terfikir gak untuk anak lelaki ada bunga2....tapi dah buat kira orait lah. Lepas tu bagi idea next time letak gambar edible image pun ok...macam BEN10, Boboiboy ke...apa2 lah....Ibu happy jer..
Label:
KEK
Wednesday, March 21, 2012
AMERICAN CHOCOLATE MOIST CAKE
Assalamualaikum...dah lama tak update blog ni....kadang2 rasa ikut mood aje...mood ok, update la...kalau tak ok rasa macam malas lak...isshhhhh....tak baguskan macam tu. Ni kek harijadi sendiri dan anak no 2, jatuh pada bulan Mac selang sehari jer. Sambut sama2 dan kebetulan cuti sekolah. Kek ni buat dua layer...maknanya jadi tebal dan cantik. Kali ni puas makan mewah denganketebalan kek. Timbang berat kek ni 3 kg...maknanya setiap layer (1 adunan) tu berat 1.5 kg. Deco ala kadar ikut citarasa sendiri....topping ganache, coklat truffle sebagai layer dan selebihnya untuk hiasan....
Label:
KEK
Sunday, April 17, 2011
KEK COKLAT MOIST
Tempahan dari anak buah. Alhamdulillah. Tanya gak untuk birthday sapa kek ni..dia jawab bukan untuk birthday sapa2 tapi untuk emak dan abah. Alhamdulillah sejuk hati ibu mendengar. Ini lah yang dapat disediakan untuk tempahannya.
Kalau buat tempahan kek macam ni...1 mesti untuk anak2 sendiri. Kalau tidak..melopong lah dia orang tengok kek orang lain. Yang untuk sendiri simple je la...cuma letak ganache jer..Makan sampai puas..bila dah puas dah tak suruh mama buat lagi...
Label:
KEK
Wednesday, April 6, 2011
CUPCAKES
Dibuat khas sebagai buah tangan untuk majlis kenduri di rumah emak mertua baru-baru ini....
Blueberry muffin RM0.80/pc Min kuantiti : 16 pcs |
Choc cip & choc rice cupcakes RM0.30/pc min kuantiti : 50 pcs |
Colourful choc rice cupcakes RM0.30/pc min kuantiti : 50 pcs |
Teringin...mai la order.
Friday, March 18, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)