SLIDE

Tuesday, June 26, 2012

HARGA TERBARU 2012

Assalamualaikum...kepada semua pelawat, pengunjung, pengikut dan pelanggan sekalian.....harga yang dipaparkan adalah harga terbaru kami....HARAP MAKLUM. Terima kasih.

Thursday, April 19, 2012

HARGA TERBARU 2012

Assalamualaikum. Adalah diberitahu kepada semua pelanggan-pelanggan ZATTY'S COOKIES AND CAKES bahawa pada tahun 2012 berlaku peningkatan sedikit pada harga produk akibat daripada berlakunya kenaikan pada bahan-bahan bakeri pada setiap tahun. "PENINGKATAN HARGA....KUANTITI SAMA....KUALITI DIUTAMA".

Harga terbaru akan  di updatekan tidak lama lagi...nantikan yer...janji berpatutan.

Dekat-dekatkanlah diri anda dengan produk ZATTY'S COOKIES AND CAKES....belum cuba belum tahu. Dialu-alukan pelanggan-pelanggan tetap dan pelanggan-pelanggan  baru. Terima kasih di atas sokongan pelanggan-pelanggan semua. Sama-sama doakan kejayaan ZATTY'S COOKIES AND  CAKES juga pelanggan-pelanggan semua agar kita sama-sama  mendapat keberkatan dunia dan akhirat. AMIN YA RABBALALAMIN.

Thursday, March 22, 2012

TEMPAHAN KEK HARIJADI AIMAN KE 10

Assalamualaikum...tempahan kek Coklat Moist untuk birthday Muhammad Aiman Syakir, salah seorang anak buah. Ibunya nak 2 layer dan ganache coklat jer....hiasan nak yang ada bunga2 gitu.....he3 terfikir gak untuk anak lelaki ada bunga2....tapi dah buat kira orait lah. Lepas tu bagi idea next time letak gambar edible image pun ok...macam BEN10, Boboiboy ke...apa2 lah....Ibu happy jer..
 
 


Wednesday, March 21, 2012

AMERICAN CHOCOLATE MOIST CAKE


Assalamualaikum...dah lama tak update blog ni....kadang2 rasa ikut mood aje...mood ok, update la...kalau tak ok rasa macam malas lak...isshhhhh....tak baguskan macam tu. Ni kek harijadi sendiri dan anak no 2, jatuh pada bulan Mac selang sehari jer. Sambut sama2 dan kebetulan cuti sekolah. Kek ni buat dua layer...maknanya  jadi tebal dan cantik. Kali ni puas makan mewah denganketebalan kek. Timbang  berat kek ni 3 kg...maknanya setiap layer (1 adunan) tu berat 1.5 kg. Deco ala kadar ikut citarasa sendiri....topping ganache, coklat  truffle sebagai layer dan selebihnya untuk  hiasan....


Sunday, April 17, 2011

KEK COKLAT MOIST

Tempahan dari anak buah. Alhamdulillah.  Tanya gak untuk birthday sapa kek ni..dia jawab bukan untuk birthday sapa2 tapi untuk emak dan abah. Alhamdulillah sejuk hati ibu mendengar. Ini lah yang dapat disediakan untuk tempahannya. 





Kalau buat tempahan kek macam ni...1 mesti untuk anak2 sendiri. Kalau tidak..melopong lah dia orang tengok kek orang lain. Yang untuk sendiri simple je la...cuma letak ganache jer..Makan sampai puas..bila dah puas dah tak suruh mama buat lagi...



Wednesday, April 6, 2011

CUPCAKES

Dibuat khas sebagai buah tangan untuk majlis kenduri di rumah emak mertua baru-baru ini....

Blueberry muffin
RM0.80/pc
Min kuantiti : 16 pcs


Choc cip & choc rice cupcakes
RM0.30/pc
min kuantiti : 50 pcs

Colourful choc rice cupcakes
RM0.30/pc
min kuantiti : 50 pcs


Teringin...mai la order.

Friday, March 18, 2011

KEK CAWAN BLUEBERRY



Kek Cawan Blueberry


Kek Cawan Blueberry

KEK CAWAN BLUEBERRY (FILLING)
Size Kecil - RM0.50/pc
Size Sedang - RM0.80/pc
Minimum kuantiti : 12 pcs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...